Wan Hazmansani(bukan watak sebenar)
Q46(1/4) kk2
University Malaysia Pahang
Lebuhraya Tun Razak
26300 Gambang
Kuantan
PAHANG DARUL MAKMUR
_____________________________________________________________________________________
Bendahari
University Malaysia Pahang
Lebuhraya Tun Razak
26300 Gambang
Kuantan
PAHANG DARUL MAKMUR 18 September 08 pada tengahhari tersebut lebih kuarng pukul 4 petang.
Permohonan Pengecualian Saman Bagi Basikal.
Berhubung dengan perkara diatas, saya mengharapkan pihak tuan sedia mengecualikan saman bagi basikal saya.
2. Disini saya sertakan beberapa sebab supaya pihak tuan dapat membuat penilaian bagi mengecualikan saman kepada saya :
• Melalui penilaian saya, didapati bahawa basikal memang sepatutnya melawan arus jalan raya. Jadi saya memang tidak sepatutnya diberi saman jika melakukan perkara tersebut.
• Saya juga memandu tidak lebih daripada 10 km/j , yang mana tidak mungkin mendatangkan bahaya pada jalan tersebut.
• Terdapat juga logik lain yang terlintas di fikiran saya, iaitu kenapa basikal diberi kebenaran untuk masuk dalam kawasan fakulti tetapi tidak dibenarkan membuat hal sama pada sebatang jalan keramat ini.
• Dengan keadaan kewangan saya yang agak kronik, atas sebab wang pinjaman ptptn hanya Rm 600 pada sem ini. Sebarang usaha penjimatan amat saya hargai. huhu
3. Jika perkara ini dapat dipanjangkan ke pihak pengawal keselamatan diharap saman kepada basikal yang melalui jalan tersebut dapat dimansuhkan:
• Hal ini supaya dapat memudahkan penunggang-penunggang basikal yang kepenatan untuk pulang. Cuba tuan bayangkan, tuan sedang menunggang basikal dari cerok utara UMP iaitu blok z ke cerok selatan UMP pula dengan harapan dapat berehat dengan aman di katil tempat tuan bersemayam. Tetapi dengan kerek dan tanpa kasihan tuan ditahan, untuk lebih memburukkan keadaan tuan disaman pula.
• Berdasar pengalaman saya yang tidak berbelah bagi sebagai penunggang basikal berhemah, saman Rm 50 ringgit yang diberi amatlah tidak setimpal bagi bertitik-titik peluh yg terbazir.
• Apalah salahnya pihak pengawal mengejar penunggang motosikal yang terlepas daripada menangkap penunggang basikal yg kecapekan ini. Jangan sampai kuman di seberang laut dituduh-tuduh, gajah di depan mata buat-buat tidak Nampak. Mentang-mentang basikal saya x dapat nak lari dari jaguh berkuasa enjin 150cc keluaran modenas itu.
Keprihatinan dari pihak tuan amat dihargai.
Yang benar
(WAN HAZMANSANI MH1006(1/2) )
Thursday, September 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
sial mmg sial.. ak capek...
jom rmai2 mogok..
aku enjoy bc!!
hahah guDjoB
biar btol beskal pon kene saman???
sy tgk moto kat gambang pon jalan melawan arus tp maintain je
btul2 r, nie bkn maenan, nie btul2, bkn cobaan.... hahaha..
Post a Comment